Friday, October 24, 2008

KELAS RANCANGAN KHAS SMK BANDAR PUTRA KULAIJAYA


KELAS RANCANGAN KHAS
LATAR BELAKANG


Kelas Rancangan Khas (KRK) bermula pada awalnya sebagai satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana bilangan tempat di SBP amat terhad. Keutamaan diberikan kepada murid-murid luar Bandar yang serba-serbi kekurangan. Murid-murid ini ditempatkan di asrama sekolah-sekolah yang menawarkan KRK.


LATAR BELAKANG KRK
SMK BANDAR PUTRA

· KRK SMK Bandar Putra menerima kemasukan muridnya yang pertama pada tahun 2004 iaitu apabila sekolah ini memulakan operasinya.
· Pada peringkat awal, hanya 2 buah kelas KRK dibuka iaitu 1RK1 dan 1RK2 dengan jumlah murid seramai 54 orang.
· Pada tahun 2008, jumlah murid KRK telah bertambah menjadi 244 orang iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

CARTA ORGANISASI KELAS RANCANGAN KHAS
SMK BANDAR PUTRA
KULAIJAYA

Pengerusi
En. Azman bin Adnan
Pengetua

Naib Pengerusi
En. Md.Yusof B Mohamed (GPK 1)

Setiausaha
Pn. Maslinah binti Norman

Penolong Setiausaha
Cik Norhafizah binti Razali

AJK
Pn. Maslina binti Rejoh (Guru Media)
En. Mohd. Nazri bin Nawawi (Kaunselor)
Pn. Rohazira binti Razali (Kaunselor)
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran